Khamis, 15 Januari 2009

salah hantar sms

"AL3458, AL3436 nie ape ke bendanya? Ni bahasa apa? Nak kate, ckp mlayu la..." berderau darah aku bila baca sms dari ex-babysitter anak2 aku. Time2 krisis dengan dia ni la nak tersilap hantar sms kat dia. Aku nak hantar kod kasut yang aku order kat kawan aku. Terhantar kat dia pulak. Yelah, nama diorang dalam phone book aku dekat2. Nama kawan aku tu Kak Rohani, nama dia Kak Noor.

Ketara benar dia tak puas hati kat aku selepas aku dan suami tak lagi hantar anak2 kami kepada dia. Yelah, putus la punca pendapatan dia. Itu kami suami isteri faham. Kami pun rasa bersalah disebabkan hal ini. Tapi bila dia hantar sms yang berunsur negatif ni, sedikit sebanyak terasa juga geram hati aku ni.

Punca krisis kami actually very simple reason. All this while aku tak pernah tanya apa2 kat dia tentang anak-anak aku. Sebabnya, banyak perkara tentang motherhood aku tak tahu. So, aku tak cerewet sangat. Bila masuk anak ke-2, tentulah banyak benda aku tahu dan sedar.

Satu hari tu (8/1/2009) aku terperasan dalam beg baju baby aku ada baju lebih. Padahal aku rasa aku bagi baju cukup2. Aku sms Kak Noor (KN) aku ni sebab masa tu dah lewat malam. Aku tanya kenapa ada baju lebih. Masa chek baju-baju kotor, baru aku teringat aku ada masukkan lagi baju sebab takut baby aku terberak sampai bocor. Then aku pun sms balik minta maaf.

Pagi esoknya, masa suami aku hantar anak-anak ke rumah KN, anak dara dia sambil menunjukkan sms yang aku hantar kat mak dia, tanya,"Ni apa ye maksudnya? Tak nampakke saya mandikan aiman? (nama anak-anak aku fahmi, 2 tahun 3 bulan, dan aiman, 3 bulan). Suami aku bagi tahu hal ni. Tergamam aku seketika. Aih, sampai anak dara dia tahu sms tu, ini dah jadi kes besar! Tapi sms kedua aku hantar malam yang sama, kenapa dia tak highlight? Aku cepat-cepat call KN untuk minta maaf dan jelaskan keadaan sebenar. Dia kata ok, dia maafkan. Cuma dia kecik hati sebab seolah-olah dia tak jaga Fahmi dan Aiman dengan baik.

Actually, aku tanya je. Kalau aku bagi baju aiman banyak, just say so. That's all I want. Tak usahlah interprete lebih-lebih sms aku tu. Aku ni kan ibu, tentu aku cerewet sket pasal hal anak-anak aku. Tambah pulak aku hantar Fahmi dan Aiman kepada dia bukannya free.

Petang tu, aku dan suami sengaja ambil Fahmi dan Aiman bersama. Kami nak jumpa KN secara bersemuka untuk dapatkan gambaran sebenar, betulke dia dah ok, betulke dia dah maafkan aku. Tapi dia takde pulak. Tanya kat anak ketiga dia kata KN mandi. Aku dan suami tunggu kat luar rumah macam jaga, berlegar-legar kat porch sambil mengkelek baby. Lepas dalam 5 minit, aku masuk rumah tu balik, tanya kat anak sulung pulak. Kata sakit kepala. Ai, jawapan lain-lain ni, dia marah lagi kot, saja nak elak daripada nampak muka kami. Aku pun bagi anak anak dia aiskrim satu tupperware yang aku baru beli, dengan harapan dapat memujuknya dan dia akan 'contact' aku balik secepat mungkin. (kot-kot le nak ucap terima kasih bagi aiskrim).

Aku tunggu dia call/ sms malam tu tapi xde. Mujur esoknya hari sabtu, aku cuti. Aku tunggu lagi sampai hari ahad. Aku tak contact dia sebab takut dia terganggu. Ahad pun dia senyap je. Aku dan suami panikle juga. Esok nak kerja. Kat siapa kami nak hantar Fahmi dan Aiman? KN senyap je. Kami nak menyembah dia, kami tak sanggup. Lagipun, hati dia dah terluka, tentu dia tengok kami pun dah rasa benci. Takut nanti Fahmi dan Aiman pula jadi mangsa. Oleh itu, kami decide untuk hantar Fahmi dan Aiman ke pengasuh lain. Tapi siapa?

Mujur suami aku ada seorang kenalan yang kebetulan isterinya mengasuh budak-budak. Hari Ahad kami bawa Fahmi dan Aiman untuk 'berkenalan' dengan pengasuh baru yang bernama Kak Zura. Semuanya berjalan dengan lancar. Anak-anak dia pun suka kanak-kanak. So lega hati kami.

Hari Isnin 12/1/09 aku dan suami mula menghantar Fahmi dan Aiman ke rumah Kak Zura. Masa tengah kerja KN sms aku "Pukul brapa misa nak hantar bebudak tu?" Alamak, dalam hati aku. Aku dah pass Fahmi dan Aiman ke orang lain. Aku ingat dia dah merajuk kat kami. Aku pun balas le balik," Selepas peristiwa salah faham tempoh hari, saya dah rasa tak seronok nak hantar Fahmi dan Aiman ke rumah Kak Noor." KN balas sms aku,"Misa apa nak dimalukan, biasala itu semuanya salah faham aje. Kak Nur tak kisah hal kecil je. hantarla nanti ya akak okey je, kan dah macam adik-beradik. " Aduss...camana ni? Aku inform suami aku tentang sms KN. Nak tak nak, masa lunch time kami pergi rumah KN. Terpaksala dengan hati-hati suami aku bercakap dengan KN. Jelas dia sedih. Kami pun faham perasaan dia. Yelah, selain daripada dia dah sayang Fahmi dan Aiman, terbangle RM450 sebulan selepas ini. Kesian juga rasanya. Tapi entah kenapa, perasaan kami kuat untuk tidak lagi menghantar Fahmi ke rumah KN. Sebelum meninggalkan rumah KN, kami ambil semula buaian dan tempat lepak Fahmi dan Aiman yang telah lama tersimpan di rumah KN. Aku juga bagi KN RM450 sebagai upah menjaga Fahmi dan Aiman (walaupun untuk bulan Januari aku hantar Fahmi dan Aiman sampai 9hb je. Itupun aku baru bagi KN bonus RM150 minggu sebelum tu). Terasa lega bila dah bersemuka dengan KN. Harapan kami semoga dia dapat cari orang lain.

Aku ingat lagi masa aku mula-mula hantar Fahmi kat KN. Dia minta RM350 sebulan. Bagi aku jumlah tu teramat mahal. Tapi aku kuatkan hati sebab masa tu pengasuh lama Fahmi pergi Mekah dan aku tak jumpa orang lain selain KN. Terpaksala aku berjimat untuk compensate upah menjaga Fahmi untuk 2 bulan. Terasalah juga ke'sengkek'kannya sebab pengasuh lama Fahmi ambik RM200 je. Sampai masa pengasuh lama Fahmi balik Mekah, aku nak stop hantar ke KN. Beria-ia dia minta continue jaga Fahmi. Katanya, anak-anak dia dah sayang sangat kat Fahmi, dah rapat. Lagipun, dia persoalkan kenapa tak bagi tau dia awal-awal nak stop hantar Fahmi. Dia cakap, disebabkab kami hantar Fahmi kat dia, dia dah tolak tawaran orang lain yang nak hantar anak diorang kat dia, so boleh fokus kat Fahmi sorang. Aku rasa terperangkap. Rasa-rasanya aku dah bagi tau yang aku nak hantar sementara je. Pengasuh lama aku pulak, mula-mula nak jaga Fahmi semula. Tiba-tiba tak nak pulak, alasannya, dah tak larat. Nak tak nak, terpaksa la aku terus menghantar Fahmi kepada KN. Aku minta KN turunkan lagi upah jaga Fahmi. Dapatla....RM250 untuk budak berumur setahun lebih. Padahal, kat sini, untuk budak besar tu standard rate RM180 je.

Bila Aiman lahir, aku nak hantar Aiman ke orang lain. Kesian kat KN sebab Fahmi tu badannya besar dan tough. Risau dia tak larat nak kendalikan Fahmi dan Aiman serentak. Finally, aku jumpa Kak Nor ('Nor' juga bunyinya), isteri anak saudara kawan abah aku. Dia dah ada 2 orang budak perempuan, paling kecik umur 10 bulan. Kiranya ok la kalau nak jaga Aiman. Aku dah deal dengan Kak Nor ni untuk hantar kat dia. Malam sebelum aku start keje, KN sms aku nak minta jaga Aiman. Aku cakap aku nak hantar kat orang lain. Tapi aku cakap berlapik le. Niat aku tak nak dia kecik hati. Tapi tak sangka pulak aku terjerat balik dengan kata-kata aku sendiri. Aku cakap (lebih kurang)," Kalau ikut hati saya memang saya nak hantar Aiman ke Kak Noor. Tapi Kak Noor mesti minta RM350 untuk jaga Aiman. Saya tak mampu." Dia balas balik,"Takpe, untuk Fahmi dan Aiman, RM450 sebulan udahle. Kita kan macam adik-beradik. Misa tolong akak, akak tolong misa balik". Tak mampu aku nak elak lagi. Kesian kat KN pun ada. Macam kena pukau, aku telefon kawan bapa aku tu kata tak jadi hantar ke anak saudaranya. Sampai sekarang aku segan nak pergi ziarah dia disebabkan insiden itu.

Sekarang ni, bila dah tak hantar Fahmi dan Aiman ke rumah KN, aku rasa lega sikit. Tapi perasaan yang tenang itu sebentar saja rupanya. Malam 12/1/09, iaitu selepas bertemu KN, KN 'menyerang' aku dengan sms. Dia cakap aku ni memisahkan kasih sayang seorang ibu dengan anak-anaknya sebab dia dah anggap Fahmi dan Aiman macam anak sendiri (ai, aku ni kan ibu kandung Fahmi dan Aiman). Dia cakap lagi aku ni suka buruk sangka kat dia tak jaga Fahmi dan Aiman dengan baik. Dia cakap lagi, semua ni trick kami sebab kami dah plan awal-awal nak hantar Fahmi dan Aiman ke orang lain. Dia cakap lagi aku akan dapat pembalasan atas perbuatan aku tu. Geram juga. Siang tadi kata ok, tup-tup sekarang cakap macam ni pulak. Nak je aku balas," Kak Noor, terima kasih atas sms Kak Noor malam tadi. Sms Kak Noor itu telah menyerlahkan keperibadian Kak Noor yang sebenar." Tapi suami aku larang. Dia tak nak benda ni jadi besar. Aku pun senyap lah sehingga isu sms kod kasut yang awal tadi timbul. Punyala takut sampai suruh suami aku yang tolong bacakan. Bila suami aku baca, bengangle dia sebab aku dah tersalah hantar sms kepada orang yang tak diingini.

Nak tak nak, suami aku terpaksa juga menyuruh aku membalasnya dengan syarat dia perlu saring dulu kata-kata dalam sms tu sebelum disend. Aku pun balas (lebih kurang),"Maafla Kak Noor. Itu nombor kod kasut yang saya nak order kat kawan saya. Kak Noor kan pernah jaga anak-anak saya. Takkanlah saya nak mengata yang buruk-buruk tentang Kak Noor. Saya doakan Kak Noor sekeluarga sejahtera selalu." Lepas suami aku chek, then baru le send.

Aku ingat episod berbalas sms ni dah tamat dengan sms tu. KN balas pulak. Katanya, tergamak kami tiba-tiba memisahkan anak-anak kami darinya. Jiran-jiran pun kata tindakan kami itu tidak patut. Jiran??? Nampaknya dia sudah mula memburuk-burukkan kami di sekitar kawasan perumahannya. Memang kami dah jangka. Kami ni pun bukanlah mangsa yang pertama.

Pernah sekali dulu kawan suami aku menghantar 2 orang anak ke KN. Selepas beberapa bulan, mereka mengambil keputusan mengambil maid sebab tidak lalu membayar upah menjaga anak-anak yang dirasakan terlalu mahal. (Hantar 2 anak pun dah dekat RM500, lagi baik ambik maid je). Semasa dia menziarahi kami semasa Fahmi demam kuat, beria-ia dia bercerita tentang keburukan anak-anak kawan suami aku tu, kasar la, buas la dan macam-macam lagi yang negatif. Tapi aku tengok bebudak tu ok je. Rasa-rasanya Fahmi lagi 'ganas' dari bebudak tu. Jiran sebelah rumahnya pun diumpatnya. Dikatanya jiran sebelah rumah malas memasak, asyik membeli makanan di kedai. (Terasa juga aku sebab kadang-kadang aku memang tak sempat nak masak pada hari bekerja.)

So sekarang ni aku buat 'bodo' jelah. Cuma kesian kat Fahmi dan Aiman kalau KN buruk-burukkan diorang. Antara yang aku jangka ialah - Fahmi buas, degil, aku dan suami pemalas, malas ajar toilet training (sebab Fahmi still on diapers), aku dan suami parents yang tak bertanggung jawab, selalu ambik Fahmi dan Aiman lambat. Bab ambik lambat memang aku tak dapat nak elak. Aku sampai rumah pukul 5:30, nak mandi, sembahyang, masak nasi dan lauk (sebab Fahmi selalu minta nasi bila sampai rumah) dan rehat sekejap (sebab bila Fahmi dan Aiman balik kena layan diorang pulak). Selalunya semua ni selesai pukul 6:30 petang.

Aku baru dapat call dari UPSI tadi, ada kekosongan tempat untuk Fahmi join in. Alhamdulillah. Harapan aku agar dia dapat belajar nilai-nilai hidup yang positif di sana, bertemu kanak-kanak sebaya dengannya untuk belajar bersosial. Aku juga harap guru di UPSI dengan modul PERMATA dapat guide Fahmi meneroka alam sekelilingnya. To me, Fahmi is a special and talented boy. His ability is a step higher than other child of his age. Aku harap ada guru yang dapat membimbing dan menggilap bakatnya yang terpendam.