Rabu, 7 April 2010

aku rs kecik hati la dgn sorg colleague aku. aku x sangka dia layan aku mcm ni pd hal kami bukan org lain, dia tu senior aku masa sekolah dulu. bukan sekolah biasa, sekolah agama berasrama. jd, since dr sekolah berasrama, agama pula tu, aku ingat silaturrahim tu lebih kuat dan hubungan kita spt adik-beradik. beberapa perkara yg membuatkan aku terasa hati dgn sikapnya:

1. dia melayan aku seolah-olah aku ni org asing. dia hanya bercakap ttg urusan kerja dgn aku. hampir tak pernah dia bercerita ttg perkara selain drpd kerja. kalau aku nk bercerita atau berkongsi masalah dgn dia pn, dia akan mengelak atau segera menamatkan perbualan.

2. aku ni tgh pregnant, dh 3rd trimester pn. tp dia x pernah tanya bila aku due bersalin.

3. dia in-charge buat jadual on-call. tp dia x pernah tanya bila hr yg aku x boleh on-call, main buat je. terpaksala aku kelam-kabut cr pengganti utk on-call aku. kalau x dpt, terpaksala aku cancel plan aku dan terpaksa buat on-call tu.

4. dia x pernah tanya aku bila due utk dia plan jadual on-call bulan ni dan bulan dpn. aku rs sedih sgt sbb aku due 2/5/2010 tp diletaknya aku on-call banyak2 sekitar akhir April, padahal aku dh cukup bulan time tu dan boleh deliver any time. so nak x nak aku terpaksa cr org lain utk tukar on-call dgn aku. akibatnya, aku on-call 5 hr sederet start 6hb sampai 11hb. mujur la klinik aku ni aku passive call. tp aku x bolehla nk ke mana2, takut ada kes dan dipanggil ke casualty.

5. jadual on-call bulan ni dia senaraikan semua public holiday hari isnin start bulan januari dan siapa yg on-call hr tu i.e. new year: dr. naidu, cny: dr. zee, maulidur rasul: dr. puspa, keputeraan sultan perak: dr. azlina. dr situ, nmpaknya aku x buat satu pn monday public holiday call. apa niat dia buat senarai begitu? kalau nak tulis pn, knp start dari bulan januari? aku rs mcm dia sengaja buat seolah-olah aku banyak dpt excemption drpd melakukan on-call public holiday dan m.o lain yg byk buat on-call sebegitu. aku ingat aku je negative thinking ttg benda ni. so aku try discuss dgn husband aku. dia sndiri pelik, hairan dan berpendapat x sepatutnya berlaku. kalau boleh aku nk confont dia, tp aku x biasa confront org dpn2. aku nk consult bos aku, takut pula lain jdnya sbb bos aku ni emosi orgnya. so last2, husband aku suruh aku buat x tau sj.

kesimpulannya, aku dh x boleh berharap kpd dia (harapan aku, bila dh pernah satu sekolah aku boleh kamceng dgn dia dan boleh tolong-menolong dlm byk perkara). jd aku perlu anggap dia org asing sbg mana dia melayan aku spt org asing. aku selalu bersembang dgn suami aku ttg dia. suami aku kata mungkin dia jealous dgn aku - aku dah kahwin, dh ada anak. tp dia masih single dan setau aku xde pakwe pn. mungkin betul kata2 suami aku. tp dr caranya yg sebegitu, mana lelaki yg nk terpaut hati kpdnya? fikir-fikirkanla.