Selasa, 12 Oktober 2010

Hari ini aku MC. Pertemuan dengan pakar ENT semalam benar-benar aku syukuri kerana aku dapat ubat yang lebih baik dan nasihat yang lebih tepat. Demam dan sakit tekak semenjak seminggu lepas benar-benar merunsingkan aku. Yelah, kalau MC, biasanya sehari je, atau paling lama 2-3 hari, dah baik. Bila demam sampai seminggu, tentu orang query demam apa yang mana jawapannya tak mampu aku berikan sehinggalah pertemuan dengan doktor pakar semalam.

Acute tonsilitis, itulah nama penyakit aku. Menurut doktor tu penyakit ni memang degil sikit, bukan semua antibiotik mampu rawat penyakit ni. Patutlah tiga hari aku makan antibiotik Cepahalexin 500mg tds tidak banyak improvement. Cephalexin tu dah ranked choice of drug paling bawah sekarang ni. Antibiotik yang sedang top in the list ialah Augmentin 625 mg bd. Memang rasa lebih baik bila makan ubat ni. Harap-harap cepat sembuh. Hari ini MC untuk voice rest kata pakar. Aku kurang faham asalnya tapi hari ini baru aku tahu bila aku banyak bercakap tekak aku pedih dan gatal dan menghasilkan batuk yang sukar untuk dihentikan, sampai terkencing-kencing aku dibuatnya. Inilah pengalaman sekali-sekala jadi orang sakit, semoga aku akan jadi hamba-Allah yang lebih sempurna imannya dan doktor yang lebih baik perkhidmatannya.

Bila bercakap tentang perkhidmatan sebagai doktor, aku rasa banyak yang aku nak buat untuk klinik aku. Contohnya, oleh kerana aku menjaga bahagian Klinik Diabetes, aku nak buat Klinik Pemeriksaan Kaki untuk Pesakit Diabetes yang bertujuan untuk mengenal pasti diabetic foot cases. Aku mahu klinik ini berjalan seminggu sekali, buat permulaan pada waktu petang sahaja iaitu pada hari Khamis petang. Klinik ini biarlah appointment-based di mana hanya 5 orang pesakit untuk diperiksa setiap sesi. Dalam klinik ini, kaki pesakit diperiksa secara teliti berdasarkan kriteria-kriteria seperti presence of hyperkeratotic skin, palpable pulses, capillary refilling time, presence of abnormal growth, integrity of skin, intact of sensation. Bagi pesakit yang tiada diabetic foot, pemeriksaan ulangan ialah tahun hadapan. jika ada diabetic foot, pemeriksaan ulangan 6 bulan. Bagi pesakit yang ada diabetic foot ulcer pula, beliau akan dirujuk ke Klinik Diabetic Foot Ulcer, satu lagi program yang aku rasa perlu.

Dalam Klinik Diabetic Foot Ulcer, aku akan usahakan agar dressing kontemporari digunakan. Kursus sehari 'Management of Diabetic Foot Ulcer' pada 22 September 2010 di KK Gunung Rapat oleh Pasukan Diabetic Foot Ulcer benar-benar membuka mata dan minda aku tentang penggunaan dressing kontemporari. Dressing kontemporari ni kalau betul gayanya tak perlu buat hari-hari. Jadi, kurang stress pada pesakit dan kurang stress pada staf juga sebab bilangan dressing yang perlu dibuat hari-hari dapat dikurangkan. Tempoh penyembuhan juga lebih cepat.

Walau bagaimanapun, semua itu masih dalam perancangan. Aku takut kalau aku bagi cadangan ni nanti awal-awal lagi orang atas tak nak terima idea aku. Bukan sekali cadangan aku ditolak mentah-mentah. Sakit sungguh hati aku. Yang terbaru, aku cadangkan doktor dan MA bergilir-gilir bantu aku di Klinik Diabetes. Tujuannya ialah agar mereka dapat belajar sedikit demi sedikit tentang perawatan penyakit kencing manis. Jadi bila sampai masa diorang pula jaga Klinik Diabetes ni diorang tahu apa nak dibuat dan mudah dilatih untuk jadi lebih cekap. Tapi on the spot orang atas reject cadangan tu dengan alasan nanti staf akan jadi multi-tasking. Klinik Diabetes bukannya hari-hari. Kita minta tolong assist maybe 1-2 kali sebulan. Lagipun, apa salahnya kalau multi-tasking? Kita kerja di health site, bukannya di hospital. Pada aku, kerja di health site memang kena multi-tasking. Kalau tak, kerja tak jalan.

Entahlah, bila ada orang atas macam ni, aku fed-up kadang-kadang. Takpelah, biarlah aku cari peluang sambung belajar supaya pendapat aku lebih dihargai lain kali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan