Khamis, 21 Oktober 2010

nak sambung belajar atau tidak?

21/10/10: Mengapa aku mesti sambung belajar?

Persoalan itu sampai sekarang aku tak dapat nak jawab dengan sepenuh hati. Sebab boleh dapat elaun pakar? Itu kalau berjaya completekan study 4 tahun. Macam mana kalau tak dapat? Sebab aku boleh jadi bos? Jadi bos ni banyak tanggungjawab dan tugas. Mampukah aku? Sedangkan tanggung jawab yang sedia ada ini pun tak terbuat rasanya, nak tambah lagi beban? Untuk keluar dari Klinik Kesihatan Tanjung Malim yang memerlukan aku on-call, tidak seperti rakan-rakan di klinik lain yang tak perlu on-call seperti aku? Bukankah itu perkara asas dalam tugas seorang doctor? Tapi memangla, bila di health site ni, jarang jumpa acute cases, aku rasa tak yakin nak handle kes-kes yang teruk, yang perlukan intubation, CPR dan sebagainya. Dan biasanya patient kes-kes macam ni end up meninggal dunia, satu hakikat yang aku tak mampu menanggungnya. Kalau di hospital, almost hari-hari kita jumpa kes-kes yang teruk, kita dah terbiasa dan kalau patient meninggal kita tak terasa sangat. Berlainan di health site ni, aku selalu jumpa patient yang stabil, once jumpa acutely ill, aku tak mampu buat apa-apa dan patient meninggal depan mata, ia suatu trauma bagi aku. Diulangi, TRAUMA dalam hidup aku. Aku akan depressed berminggu-minggu setiap kali terkenangkan kes-kes sebegitu. Sampai bila aku nak hidup macam tu? Sampai bila aku dapat bertahan? Sebab itu aku dah tak sanggup untuk bekerja di Klinik Kesihatan Tanjung Malim. Aku tak kisah sangat pasal workload di JPL, Klinik DM, Methadone dan sebagainya. Tapi bila masuk bab on-call, aku rasa amat tertekan. Dan mungkin hanya kerana factor itu aku mahu keluar dari klinik itu dengan kadar segera.

Aku pernah berbincang dengan kawan-kawan tentang benda ini. Mereka cadangkan aku sambung belajar, ambil master. Tapi, adakah cara itu akan dapat menyelesaikan masalah aku? Tidakkah itu akan mendatangkan masalah baru bagi aku? Bayangkan jika aku sambung belajar, husband aku pun sambung belajar, siapa nak ambil tahu tentang anak-anak aku? Anak-anak aku dah 3 orang, bukan seorang. Kalau seorang mungkin mama dan abah boleh tolong jaga. Tapi ini 3 orang. Siapa yang sanggup? Siapa yang lebih patut menjaga diorang di saat suami aku nanti sibuk sambung belajar selain daripada aku sendiri?

Lepas tu, bila dah jadi pakar, aku akan tertakluk pada arahan KKM. Dibuatnya aku kena transfer ke tempat lain, tidakkah itu akan menjejaskan keluarga aku? Ke Sabah ke, Sarawak ke….aku bukannya single mingle lagi. Husband aku pun of course tak dapat ikut sebab dia dah terikat dengan UPSI.

Lagipun, tiada bidang yang aku betul-betul minat. Yelah, masa apply medicine dulu pun, aku bukanlah seratus peratus nak apply. Cuma kerana merasakan hanya bidang ini yang aku mampu, ditambah pula sokongan kawan-kawan, maka aku pun apply. Tak sangka pula dapat. Tapi tengoklah masa belajar dulu, average je. Macam budak baru pandai berjalan, asyik-asyik jatuh, aku ni asyik-asyik kena re-sit paper. Tak pernah pun dapat result gempak. Jadi, macam mana nak sambung? Foundation pun tak sekuat mana. Kadang-kadang aku rasa aku ni dah tersalah pilih bidang. Mungkin aku tak patut ambil medicine in the first place. Nantila aku nak cek dengan husband aku. Dia kata ada inventori atau test khas untuk tengok apa kecenderungan kita. Mungkin itu boleh membantu.

Yang aku minat sekarang ni ialah perubatan komplementari. Tapi bidang ni tak glamour dan hanya ada di hospital-hospital tertentu je iaitu Putrajaya, Seberang Jaya, dan Johor Bahru. Hari tu aku tanya kat KKM pasal nak further study bidang ni. Pegawai tu kata kena sambung kat oversea, biasiswa susah nak dapat sebab bidang ni not highly demanded dan kalau dah berjaya boleh praktis tapi tak dapat elaun pakar sebab belajar 3 tahun je. Bila fikirkan itu, aku boleh terima pasal tak dpat elaun pakar, as long as aku dapat buat apa yang aku minat. Tapi bila masuk bab kena pergi oversea tu yang aku tak sanggup. Aku nak bawa whole family ke? Husband aku nak sambung belajar kat Malaysia. Belanja di tempat orang tentu mahal. Tu belum masuk bab anti-Islam dan masalah komunikasi di sana. Bahasa Inggeris aku bukannya bagus sangat.

Suami aku cakap sambung je. Tapi hati aku tak bersungguh dan tak mahu. Kalau aku berjaya habiskan 4 tahun, aku mungkin akan dihantar bertugas ke tempat lain. Aku tak mahu itu berlaku. Kalau itu berlaku, adakah aku mampu menghalangnya? Atau mengharunginya? Entahlah, mungkin aku dah jenuh struggle dalam hidup aku, bila sampai ke tahap ini aku dah tak larat nak struggle lagi. Aku sudah penat dan letih. Bukannya aku tiada cita-cita dan matlamat dalam hidup aku. Cuma cita-cita aku bukannya ini.

Cita-cita aku ialah untuk menyumbang kepada masyarakat dan membantu mereka hidup dengan lebih baik. Contohnya, sebagai pegawai perubatan, aku harap dapat memudahkan golongan yang memerlukan rawatan pakar mendapat kemudahan ini. Memangla bantuan aku terhad setakat itu, tapi bantuan itu dapat aku berikan secara meluas iaitu kepada semua pesakit yang datang ke klinik.

Selain itu, aku berhasrat untuk membuka pusat asuhan dan didikan kanak-kanak seperti Islamic Children Centre di Selangor dan Kuala Lumpur. Setakat ini pusat asuhan dan didikan kanak-kanak di Bandar Tanjung Malim aku rasa masih kurang jumlahnya dan kalau ada pun agak ketinggalan berbanding di bandar-bandar besar. Kalau ada pusat asuhan dan didikan tu adalah tempat untuk anak-anak aku lepak sambil belajar.

Kalau tak dapat buka pusat asuhan dan didikan kanak-kanak, aku nak buka indoor playground berbayar. Ini adalah sebagai alternative untuk ibu bapa yang bekerja dan tak sempat bawa anak-anak bermain waktu petang ataupun waktu petang hujan. Dalam tu aku nak provide tempat permainan yang selamat dan nyaman untuk kanak-kanak. Kalau boleh aku nak letak keretapi yang boleh bawa diorang pusing-pusing kawasan playground tu. Sambil tunggu anak-anak diorang main, ibu bapa boleh lepak sambil minum-minum di cafeteria yang akan disediakan di kawasan tepi playground tu. Playground tu akan dibuka setiap petang sampai malam hari bekerja dan pagi sampai malam pada hari-hari cuti. Bayaran perkhidmatan indoor playgroun ini mungkin ialah RM1 sejam. Untuk jaga indoor playground ni, aku akan offer kerja part-time kat student UPSI yang berminat.

Selain daripada itu, kalau aku dapat sambung belajar komplementari medicine, aku nak buka sebuah spa klinik di mana perkhidmatan rawatan secara moden diintegrasikan dengan perubatan komplementari, bergantung kepada permintaan dan keperluan pelanggan. Klinik ini aku buka lepas waktu pejabat dan hari cuti je. Semua pesakit adalah appointment-based.

Itu semua cita-cita aku yang aku harap dapat direlisasikan. Tak dapat semua, separuh pun jadilah. Cuma jalan untuk mencapainya masih belum ketemu. Kalau aku sambung belajar, adakah aku akan punya masa untuk buat semua ini???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan